Hari ini..saya just nak kongsi bagaimana cara nak buat macaroni bakar.. yang simple dan lebih sedap dari pizza hut..*bagi saya lah....hehehehe.. 1 loyang boleh makan utk 9 org ..anggaran dalam 2 potong seorang.
Bahan2:
Ini saiz bagi 2 loyang sekali bakar:
1 pek macaroni apa shj brand
10 biji telur
6 btg sosej/hotdog
1 pek daging hancur ramly
1 batang carrot & 1 bj green pepper
2 ulas / btg daun sup
5sudu besar bawang goreng
dalam 4 sudu besar butter
garam secukup rasa (*sy xsuka masin) sy letak dalan 2 sudu teh garam
sikit sos cili & sikit sos tomato
cheese ikut anda.. saya guna dalam 4 keping stp loyang
2 sudu besar oliveoil utk panaskan kuali
Cara :
1.rebus dan toskan macaroni (biarkan dlm bekas)
2. Tuang & panaskan oliveoil dlm kuali.
3.campurkan daging hancur dgn carrot yang dipotong halus2 dgn 3 hiris grrrn pepper
(Tambah kicap sikit..garam sikit.serbuk lada hitam sikit.. sos cili sikit) smpai masak.
4. Dgg siap dimasak dicampurkan ke dlm macaroni tadi, digaul sekata, masukkan butter tadi, 2 sudu teh garam dan 10 biji telur..
5.Gaulkan sehingga telur agak kembang dan sebati..
(Dlm.masa sama, panaskan oven ke 180° api bwh shj)
6.bahagikan adunan tadi ke dalam 2 loyang yg telah disadur sikit butter dan tepung(tips: agar senang potong xmelekat2)
7.bakar dlm 30minit. Keluarkan letakkan ..sos cili & tomato (sapu rata pakai sudu)..tabur hotdog(dihiris)..green pepper(baki tadi..dihiris halus)
8.bakar semula dalam 10min ..api atas bawah.
8.keluarkan utk tempek cheese..dan bakar semula dalm 5min dan walla...siap... taburkan daun sup..sedikit bwg goreng..
Dibiarkan sejuk... makan begitu sahaja
Selamat mencuba!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan